Free shipping on all orders over RM75.00
Notis Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal selia pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial dan telah berkuatkuasa pada 15hb November 2013. Dalam urusniaga anda dengan Nurfa Group Sdn Bhd, Nombor Pendaftaran (1407708-V) dan ejen-ejen dibawahnya (secara kolektif, adalah dirujuk sebagai “Nurfa” dalam Dasar Perlindungan Data Peribadi ini). Nurfa akanmengemukakan permintaan kepada anda supaya memberikan data dan maklumat mengenai diri anda kepada pihak Nurfa, ejen pemasaran dan penjualan dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang dilantik untuk membolehkanNurfa menjalani urusniaga dengan anda atau menyerahkan notis-notis yang perlu, perkhidmatan-perkhidmatan atauproduk-produk berkenaan dengan perniagaan pihak Nurfa.

Data Peribadi dan Dasar Privasi Nurfa (“Polisi”)

A. Nurfa memandang penting semua data-data peribadi dan maklumat- maklumat peribadi sebagai sulit danpersendirian;

B. Nurfa telah mengamalkan suatu garis panduan dan prosedur standard dalam memperolehi dan menguruskansemua data- data peribadi yang dikumpul, serta mengawal selia pemprosesan, penggunaan, pendedahan, pemindahan dan penyimpanan data-data peribadi anda; 

C. Pihak Pengurusan Nurfa bersama-sama kakitangan-kakitangannya bertanggungjawab dalam memastikanpematuhan terhadap obligasi yang terkandung daripada garis panduan  perlindungan data dan pematuhanundang-undang tempatan yang berkenaan dengan perlindungan data.

Sila merujuk kepada maklumat-maklumat seperti tertera di bawah untuk permahaman anda berhubungan denganAkta Perlindungan Data Peribadi 2010:

1. Pemerolehan, Kompilasi dan Penggunaan Data Peribadi

1.1 Data peribadi adalah semua data-data atau maklumat-maklumat yang diperolehi dan dibekalkan oleh anda
secara langsung atau tidak langsung. 

1.2 Sepanjang transaksi dan urusan, Nurfa akan meminta dan memperolehi Data Peribadi daripada anda dari semasa ke semasa. Nurfa akan berkongsi Data Peribadi yang diperolehi kepada ejen pemasaran danpenjualan, pembekal-pembekal perkhidmatan atau peguambela dan peguamcara yang dilantik. Nurfa akan menggunakan Data Peribadi yang diperolehi dengan mengikuti dan mematuhi Dasar Privasi ini. Data Peribadi yang diperolehi akan digunakan bersama dengan data-data atau maklumat-maklumat yang lain
untuk menaiktaraf pelbagai perkhidmatan, jualan produk, promosi dan pengiklanan

2. Data Peribadi yang akan dikumpulkan oleh Nurfa

2.1 Nurfa akan mengumpul pelbagai Data Peribadi termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat- maklumat peribadi seperti berikut daripada anda pada setiap transaksi atau pada bila-bila masa selepas transaksi tersebut:- 

i. Nama; 

ii. Alamat pengeposan; 

iii. Nombor telefon; 

iv. Alamat e-mel; 

v. Kemaskini berkenaan promosi/ pengiklanan;

3. Cara-cara dan Penggunaan Data Peribadi 

3.1 Semua data-data peribadi yang dikumpulkan oleh Nurfa akan digunakan mengikut cara-cara seperti yang berikut dan cara-cara yang ternyata di bawah adalah tidak menyeluruh: 

i. Untuk memudahkan proses dan tujuan dalam penyediaan dokumentasi yang diperlukan berhubungan dengan perkara yang ditransaksikan; 

ii. Untuk pengeposan dan pemakluman tentang produk terbaru Nurfa dan acara- acara yang akan datang dan membolehkan Nurfa menaiktaraf pelbagai perkhidmatan dan jualan produk, promosi dan pengiklanan. 

iii. Untuk penghantaran notis penting, e-mel, surat atau sms, sebarang komunikasi berkenaan dengan transaksi seperti berikut: – 

a. Jual beli; 

b. Keahlian; 

c. Jemputan untuk kempen baru atau acara khas; dan 

d. Untuk mengubah terma-terma, syarat-syarat dan dasar-dasar Nurfa.

 

NOTA: Data Peribadi akan digunakan untuk tujuan dalaman Nurfa seperti audit, analisis data, dan penyelidikanuntuk menaiktaraf pelbagai perkhidmatan dan jualan produk, promosi dan pengiklanan dan komunikasi denganpelanggan-pelanggan yang dihormati.

3.2 Nurfa akan berkongsi Data Peribadi anda dengan ejen pemasaran dan penjualan dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang dilantik untuk memperkenalkan produk-produk, untuk tujuan pengurusan danmenaiktaraf data pelanggan- pelanggan, untuk membekalkan perkhidmatan pelanggan, penilaiankepentingan pelanggan-pelanggan dalam pelbagai perkhidmatan dan jualan produk, promosi danpengiklanan dan melaksanakan penyelidikan atau kaji selidik kepuasan pelanggan.

4. Perlindungan Data Peribadi 4.1 Nurfa akan mengambil kesemua langkah-langkah berwaspada dengan usaha yang terbaik, dari segi pentadbiran dan teknikal untuk melindungi data-data peribadi daripada sebarang kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses yang tidak sah, pendedahan, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan.

5. Pengekalan Data Peribadi dan Akses 

5.1 Nurfa akan mengekalkan dan menyimpan data-data peribadi anda sepanjang tempoh yang diperlukanuntuk memenuhi tujuan-tujuan yang berlainan seperti yang tertera dalam Dasar Privasi ini melainkantempoh pengekalan data-data peribadi yang lebih lama adalah dibenarkan atau dikehendaki di bawahundang- undang. 

5.2 Untuk memastikan semua data-data atau maklumat-maklumat yang diperolehi atau dibekalkan dankeutamaan adalah dikemaskini, lengkap dan tepat, semua pembekal data-data akan diberikan hak danakses untuk mengemaskini, meminda, mengubah atau memansuhkan data- data peribadi dan maklumat- maklumat dan keutamaan- keutamaan pembekal-pembekal secara bertulis atau e-mel kepada BahagianJualan dan Pemasaran di alamat berikut:-

Nurfa Group Sdn Bhd
202101007409 (1407708-V) 

No 19-2, PT 2382, Jalan PPP1, Pusat Perniagaan Perdana, 

45300 Sungai Besar, Selangor 

E-mel: nurfadmn@gmail.com

 

5.3 Nurfa berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengemaskini, meminda, mengubah ataumemansuh data-data peribadi anda sekiranya pemprosesan permintaan tersebut adalah tidak munasabah, berulang-ulang, memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang, boleh menjejaskan ataumembahayakan privasi orang lain, sangat tidak praktikal, tidak sah, tidak adil atau permintaan akses tidak disarankan oleh undang-undang Malaysia. 

5.4 Nurfa berhak untuk mengemaskini, meminda dan mengubah Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping